Destination for fashionable women
Filters
Search

Tentang Kami

Mengenai FTIMdc

 

Pusat Rekaan Fesyen FTIM (Fashion Trade Institute of Malaysia, FTIMdc) ialah sebuah institusi pengajian rekaan fesyen yang ditubuhkan pada tahun 1998. Pusat ini telah melahirkan ramai bakat dalam bidang fesyen ini dan dikenali ramai di kalangan peminat fesyen tanahair.

 

Rosita Jaafar, pengasas dan pengetua turut berkongsi perihal selok-belok senario fesyen melalui 17 buah buku yang dihasilkannya sendiri. Dua buah buku telah dipasarkan di Indonesia iaitu Sulaman Payet dan Sulaman Benang.

Kesemua buku-buku tersebut mengetengahkan setiap langkah rekaan, pengambilan ukuran badan, pemilihan kain, penggunaan warna yang bersesuaian, teknik-teknik menjahit dan sulaman yang mudah difahami dan diikuti.

Melalui pengalamannya dalam bidang ini, beliau turut merangkap sebagai perunding imej dan pernah muncul dalam banyak artiket dalam suratkhabar, majalah-majalah, malah turut disebut-sebut dalam banyak laman blog dan laman web mereka yang pernah mengambil kelas yang beliau anjurkan.

Pada tahun 2015, Puan Rosita Jaafar, telah mula menghasilkan pola pakaian secara bercetak secara professional dan pertama di Malaysia. 

Dari pengalaman sedia ada Puan Rosita telah berjaya membantu ramai peniaga online dan offline menghasilkan busana yang menawan hati ramai peminat fesyen.

Untuk mengetahui mengenai kelas-kelas yang dianjurkan oleh PUSAT REKAAN FESYEN FTIM, boleh hubungi terus ke 017-2232989 - En. Nazry / 016-6362516 - Puan Zilla.

***